|
Anda
boleh MELIHAT sendiri bagaimana saya melakukan trading. Anda
tidak perlu lagi membuang banyak masa untuk memahami apa yang anda baca
dari ebook.
Anda tidak perlu lagi pening-pening kepala cuba
mengikuti apa yang disampaikan melalui teks. Saya akan ajar anda live
secara PERSONAL!
Anda tidak perlu malu untuk bertanya jika
anda tidak faham. Anda juga
tidak perlu menunggu giliran untuk bertanya kerana kelas ini adalah
kelas PERSONAL!
 |
Kelas Forex Secara Personal!
Kelas Dikendalikan
secara "Face to
Face" |
Apakah Keperluan Lain?
ANDA HANYA PERLU BAWA;
Itu saja?
YA itu saja....
|
** P/S; Pastikan tempat pertemuan
mempunyai kemudahan sambungan Internet samada WiFi atau
Wired dan
jangan lupa belanja saya minum..................hehehe |
 |
Anda akan
diajar langkah demi langkah dalam ilmu forex sehingga anda
betul-betul faham.
Selepas anda
menghadiri kelas "face to face" tersebut, anda akan terus
dibantu secara online sehingga anda betul-betul boleh membuat
trade sendiri.
MATLAMAT
KAMI
Melahirkan lebih ramai Forex
Trader yang professional dan berdisiplin serta berupaya
menjadikan Forex sebagai satu sumber ekonomi. Kajian mendapati
ramai penduduk Malaysia tahu dan terlibat dengan Forex tetapi
hanya 5% sahaja yang membuat keuntungan di pasaran Forex.
Personal-Forex membantu 'trader' untuk menguasai ilmu forex
serta membentuk sikap dan disiplin seorang 'trader' yang berjaya.
"Ketahui bagaimana menguasai ilmu forex dengan mudah dan
mencipta pendapatan yang luarbiasa dalam dagangan forex"

|
PERBEZAAN KAEDAH PEMBELAJARAN FOREX |
|
PERKARA |
KRUSUS
FOREX |
PERSONAL FOREX |
|
Jumlah
Peserta |
Berkumpulan, 5 hingga 20 orang, setiap sessi |
1 by 1 @
Face to Face, belajar secara personal |
|
Tempat |
Ditetapkan
oleh penganjur |
Anda
sendiri yang menetapkan tempat pertemuan |
|
Masa |
Ditetapkan
oleh penganjur |
Anda
sendiri yang menentukan masa pertemuan |

|
Soalan:
Sebenarnya saya sudah lama ingin menceburkan diri dalam
dunia forex tetapi setakat ini saya belum lagi menemui
satu guide yang betul-betul boleh dipercayai kerana
seperti yang kita semua tahu dengan dunia yang serba
online saya tentunya tidak mahu ditipu.
Pertanyaan saya adakah Kelas Personal Forex ini
betul-betul boleh dipercayai dan betul-betul
mendatangkan keuntungan seperti yang dipaparkan di
website?
Harap maaf sekiranya pertanyaan saya ini menyinggung
perasaan anda.
Jawapan:
Saya faham kebimbangan anda kerana byk laman web diluar
sana yg cakap kosong saja & menjual ebook yg entah apa2.
Ramai yg frust akibat membeli dari beberapa laman web
ebook forex dan juga laman web yang kononnya boleh kaya
dalam masa 5 minit, ada juga laman web yang kata boleh
buat duit juta-juta dan berbagai-bagai lagi (biarlah
saya rahsiakan laman web itu) tapi tiada sorang pun
tahu siapakah orang tersebut kerana mereka ini
merahsiakan identiti & mereka ini hanya menggunakan
syarikat Sdn Bhd atau enterprise saja.
Saya dengan telus mendedahkan identiti dan tampil ke
hadapan menganjurkan Kelas Personal Forex bagi
membimbing dan membantu lebih ramai lagi orang diluar
sana mengubah nasib mereka kearah yang lebih baik.
Alhamdulillah, setakat ini, ramai graduan/portege kelas
forex saya berjaya menjana pendapatan yg tinggi.
Saya tidak memaksa anda percaya apa yg saya katakan.
Saya rasa beberapa bukti dan trades yg saya paparkan di
website saya itu sudah mencukupi. Jika masih tidak
percaya,saya tidak boleh berbuat apa-apa.
|
|
Soalan:
Saya orang baru dalam forex. Saya perlukan sangat
bimbingan dan tunjuk ajar secara live dari orang
berpengalaman seperti en. Bolehkah saya mendapatkan
khidmat nasihat dan bantuan 1 on 1? Saya sangat ingin
berjumpa dgn en. Plzzzz...plzz.plz..Tolonglah saya.
Jawapan:
Memang saya
menjalankan kelas secara 1 on 1.
Bukan kepada cik sahaja, tetapi kepada semua orang yang
memerlukan satu kaedah pembelajaran forex secara
personal.
Saya hanya mengambil jumlah peserta
yg sangat terhad pada satu-satu masa untuk membolehkan saya memberi sepenuh
perhatian kepada semua peserta.
Since we're talking about serious money making here (in
forex), dont miss this opportunity. Rugi rasanya jika
cik tidak menfaatkan sepenuhnya kekayaan yg ada pada
forex.
|
|
Soalan:
Salam, Saya
memang teruja, minat dan excited nak menambah duit
melalui forex ini. Tapi masalahnya, saya tak tahu
sepatah haram apa pun forex ni. Banyak terms yang saya
langsung tak faham macam pips, long, short, P/L, dan
macam2 lagi. tu dan banyak lagi rasanya.
Soalan saya, adakah kelas
forex secara personal
ini hanya untuk orang yg berpengalaman saja?(adakah
penerangan asas diberikan utk yg tak berpengalaman mcm
saya ni?)
Jawapan:
Kelas forex secara personal ini sesuai untuk semua peringkat, sama ada
beginner atau advance kerana memang ada penerangan asas
forex diberikan untuk membantu mereka yg baru menceburi
bidang ini memahami asas forex. Utk orang yg dah
advance, mereka boleh skip bab2 asas dan terus ke teknik forex.
|
|
Soalan:
Kalau saya nak sertai
Kursus tanpa masuk kelas, adakah cara lain seperti
membeli e-book?
Jawapan:
Kami tidak menjual sebarang e-book disebabkan kami tidak
rasakan bahawa dengan membaca e-book akan membuatkan
anda berjaya dalam bidang ini. Ia perlu disertai dengan
"guidance" setiap hari sekurang-kurangnya 3 bulan untuk
membawa perubahan dalam diri seorang trader. Harap maaf,
kami hanya cuba memberikan yang terbaik pada setiap
peserta kursus kami.
|
|
Soalan:
Adakah strategi yang
digunakan akan berubah dari masa ke masa?
Jawapan:
Ya, sudah tentu. Setiap strategi mempunyai jangka
hayatnya tertentu. Ada yang boleh bertahan 3 bulan, ada
yang boleh bertahan 3 tahun. Ada yang harus diubah dari
masa ke masa berdasarkan market trend. Strategi yang
digunakan dahulu oleh kami tidak semestinya akan
digunakan sekarang. Maka, adalah kurang bijak trader
tersebut jika hanya menggunakan strategi yang sama tanpa
diubah apa-apa bertahun-tahun. Ini kerana, berdasarkan
pengalaman kami, pasaran Forex adalah pasaran yang
paling dinamik, berubah dari masa ke masa. Ada kalanya
elemen USD diambil kira, ada kala carry trade (JPY)
diambil kira, ada masa elemen komoditi (minyak) diambil
kira dan berbagai aspek lagi. Maka, kita harus tahu apa
driver (penggerak) satu-satu currency/pair tersebut dan
setelah itu mungkin melakukan perubahan pada cara kita
trade. Setiap pelajar akan mendapat update dari masa ke
masa.
|
|
Soalan:
Berapa lamakah training
sebelum saya benar-benar dapat menguasai ilmu ini atau
mendapatkan untung?
Jawapan:
Terpulang pada individu. Ada yang faham dalam masa
sebulan, ada yang mengambil masa 6 bulan atau lebih dan
ada juga yang sudah membuat untung beribu ringgit
setelah berjaya dalam akaun demo. Dalam tiga bulan
pertama, anda tidak patut "MISS" untuk trade (berlatih)
5 hari seminggu (2 hingga 3 jam sehari). Masalahnya,
ramai yang tidak dapat memberi komitmen sebegini. Namun
dengan kursus intensif selama 3 bulan, dan berbekalkan
usaha seseorang tersebut, kami percaya kami dapat
melahirkan Forex Trader yang berjaya, seperti sebahagian
bekas peserta kami.
|
|
Soalan:
Berapa banyak modal yang
perlu saya laburkan dalam Forex ini setelah hadiri
kursus ini?
Jawapan:
Ini adalah training. Siapa perlu merisikokan sebarang
wang semasa dalam training? Setelah anda yakin dengan
prestasi akaun demo anda, dan akaun real (small amount),
anda boleh melabur jumlah yang anda rasa selesa dengan
keyakinan dan pengalaman anda.
Kami tidak berhak memberi sebarang nasihat pelaburan,
berapa banyak yang anda perlu laburkan. Kami bukan
penasihat pelaburan, kami hanya menyediakan pendidikan
dan informasi mengenai Forex. Anda boleh mula melabur
serendah yang mungkin, serendah USD50 dengan broker yang
genuine, established, dipantau oleh NFA, FSA yang
dipilih oleh anda.
|
|
Soalan:
Benarkah dengan trading
kita boleh menjadi jutawan dalam jangka masa yang
singkat?
Jawapan:
Salah, anda tidak akan menjadi jutawan dalam bidang ini
melainkan jangka masa yang diambil untuk anda trading
adalah agak lama dan mempunyai modal yang sangat besar.
Selain itu, anda MESTI mempunyai ilmu yang benar-benar
tulen, genuine, dan benar-benar profitable. Disebabkan
itu, saya tidak mendakwa anda akan menjadi jutawan
sekelip mata dalam bidang ini, ini bukan skim cepat kaya.
|
|
Soalan:
Sebagai persiapan awal
sebelum menyertai kelas, adakah saya perlu memahami
segala technical analysis yang boleh didapati di
Internet?
Jawapan:
TIDAK PERLU. Kami hanya
menggunakan technical analysis strong level (support
& resistance) dan price action sahaja. Namun, anda
boleh membiasakan diri dengan platform Forex untuk
trade. Kami tidak percaya dengan memahami sebanyak
mungkin technical analysis berhubungkait dengan
kejayaan seseorang trader malahan semakin banyak
technical indicator yang digunakan oleh seseorang
trader, semakin pening dan susah untuk melakukan
keputusan. Trader yang berjaya hanya menggunakan
tidak lebih dari 3 indikator semasa trading.
Indikator hanyalah kiraan matematik semata-mata dan
biasanya “lagging”.
|
|
Soalan:
Adakah saya memerlukan
latar belakang pengetahuan Forex sebelum saya menyertai
kursus ini?
Jawapan:
TIDAK semestinya. Ada juga sedikit basic yang akan
diterangkan. Jika anda berpengalaman, ia hanyalah satu
bonus dari segi kecekapan anda untuk memahami apa yang
dituturkan oleh kami. Cuma pada yang tidak berpengalaman
langsung, anda mungkin mengambil masa yang lebih lama
untuk faham berbanding mereka yang ada pengalaman dan
disebabkan itu latihan 1 to 1 training dan support
setiap hari selama 3 bulan sangat membantu
mempercepatkan proses pemahaman peserta. Kepada yang
langsung tiada pengalaman, usaha dan komitmen yang
tinggi diperlukan.
|
|
Soalan:
Apakah perbezaan Kelas
Personal Forex ini dengan krusus yang lain?
Jawapan:
Kesemua kursus Forex yang ada sekarang adalah baik cuma
cara pendekatannya berbeza di antara satu sama lain.Apa
yang penting anda boleh untung dan kurangkan kerugian."Personal-Forex"
- mengajar anda secara
"personal coaching",
dengan cara ini anda akan cepat faham dan
matlamat anda untuk mendalami ilmu forex tercapai.
Jika anda menghadiri seminar atau krusus forex yang
biasanya dikendalikan secara berkumpulan, 10 hingga 20
orang setiap satu sessi, anda akan menghadapi kesukaran
untuk memahami apa yang diterangkan kerana apabila
belajar dalam kelompok yang ramai sukar untuk memberi
tumpuan atau fokus kepada kelas. Satu lagi fenomena yang
dihadapi, setengah daripada kita malu untuk mengemukakan
soalan.
Berbeza dengan kelas Personal Forex, kelas dikendalikan
secara "1 to 1", anda lebih fokus dan tenaga pengajar
pun hanya memberi tumpuan kepada anda sahaja. Anda boleh
mengemukakan soalan pada bila-bila masa tanpa perlu rasa
malu.
|
|
Soalan:
Kenapa yuran pembelajaran
yang saudara kenakan lebih rendah berbanding dengan
kursus yang lain ? Apakah perbezaanya dengan yang
berharga beribu-ribu ringgit itu?
Jawapan:
Supaya lebih ramai orang mampu mempelajari ilmu Forex
ini.Saya dapati peminat forex ini memang ramai tetapi
disebabkan kos pembelajaran yang tinggi ( RM3-4 ribu ),hasrat
ini terpaksa ditangguh.Bukan semua orang mampu membayar
harga sebegitu.Setakat ini, alhamdulillah kesemua
pelajar2 saya telah membuat keuntungan dalam pasaran
Forex, walaupun belajar pada harga yang lebih rendah.
|
|
Soalan:
Apakah bantuan yang
disediakan jika saya menghadapi masalah selepas kursus ?
Jawapan:
Saudara boleh telefon, sms, bertanya secara online
melalui Yahoo Messenger atau email kepada saya. Kelas
bantuan secara online melalui Yahoo Messenger atau
telefon bagi
meraka yang tinggal jauh dari sekitar Kuala Lumpur,
sekiranya anda berpeluang datang ke Kuala Lumpur, sila
maklumkan kepada saya terlebih dahulu untuk mengikuti
Kelas Support seterusnya secara PERCUMA. Bayaran hanya
dikenakan sekali sahaja, kelas boleh ulang berapa kali
yang anda mahu.
|
|
Soalan:
Dimana anda mengendalikan
kelas anda? Saya tinggal di Kedah, adakah ada apa-apa
caj tambahan sekiranya anda mengendalikan kelas ditempat
saya?
Jawapan:
Saya mengendalikan kelas di Kuala Lumpur. Sekiranya
mana-mana individu berhasrat untuk mengikuti kelas saya
diluar Kuala Lumpur, sila hubungi saya terlebih dahulu.
|
|
Dengan izin ALLAH,
semoga dengan ilmu yang saya ada ini boleh saya
sampaikan kepada yang lain dan memberi manafaat kepada
anda semua ..Amin.
|
Keuntungan Forex
Dari Seorang Pelajar Saya


PERHATIAN!!
|